Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

TV Spot “Morbius” Fokus Pada Ikatan Zaman Kanak-Kanak Antara ‘The Living Vampire’ & Milo

Sony Pictures telah melancarkan TV Spot terbaru untuk filem adiwira Marvel mereka yang akan datang, Morbius, yang turut menampilkan beberapa rakaman terbaru yang tidak pernah dilihat penonton. 

Teaser selama 30-saat itu membawa penonton kembali ke zaman kanak-kanak Michael Morbius (Jared Leto), menonjolkan hubungan rapatnya dengan seorang lagi kanak-kanak bernama Milo. Mereka berdua berkongsi penderitaan misteri yang sama, yang mana Morbius akan menghabiskan hidupnya untuk cuba mencari penawar. 


Anda boleh tonton TV Spot tersebut dibawah berserta dengan trailer terakhir Morbius. 

Salah satu watak Marvel yang paling menarik dan berkonflik muncul di layar perak apabila Jared Leto berubah menjadi antihero misterius Michael Morbius,” baca sinopsis.

Penyakit darah yang jarang berlaku dan bertekad untuk menyelamatkan orang lain yang mengalami nasib yang sama, Dr. Morbius mencuba perjudian terdesak. Walaupun pada mulanya ia kelihatan seperti kejayaan yang radikal, kegelapan di dalam dirinya dilepaskan. Adakah kebaikan akan mengatasi kejahatan – atau adakah Morbius akan tunduk kepada desakan barunya yang misteri?”

Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa (Safe House) dari lakonlayar yang ditulis oleh Burk Sharpless dan Matt Sazaman. Filem ini diterbitkan Avi Arad, Matt Tolmach dan Lucas Foster. Barisan pelakon turut terdiri daripada Matt Smith sebagai Loxias Crown, Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, Jared Harris sebagai mentor Morbius dan Tyrese Gibson sebagai Ejen FBI.

Morbius akan memulakan tayangannya pada 1 April ini.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Leave a Comment