Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tv-Spot IMAX IT Chapter Two Mampu Berikan Ketakutan Kepada Anda

Warner Bros. telah melancarkan tv-spot IMAX filem seram terbaru mereka yang juga merupakan sekuel, IT Chapter Two. Anda boleh tonton tv-spot tersebut dipemain video dibawah.

IT Chapter Two ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama IT. 





Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 5 September 2019.

https://youtu.be/jqfI6z2gaXc




Related posts

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

[VIDEO] Kehangatan Cinta Seohyun & Lee Jun Young Dalam Trailer Terbaru “Love and Leashes”

Kakimuvee

Graviti Tidak Boleh Menghalang Mereka Dalam Trailer “Space Force” Musim Kedua

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman