Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Tarikh pelancaran Venom: Let There Be Carnage semakin hampir, dan bagi menambah keterujaan peminat, Sony Pictures telah mendedahkan TV antarabangsa terbaru yang menampilkan lebih banyak rakaman yang menarik.

Video promo dimulakan dengan Eddie Brock (Tom Hardy) mengkaji nemesis terbarunya Cletus Kasady (Woody Harrelson), sebelum ketika melihat beberapa rakaman terbaru Venom yang sedang beraksi. Dia akhir klip, ia memaparkan Cletus berubah menjadi Carnage ketika dia memperkenalkan dirinya kepada sesama symbiote. 

Venom: Let There Be Carnage menyaksikan Tom Hardy kembali sebagai watak utama Eddie Brock / Venom. Dia disertai Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady/Carnage.

Filem sekuel ini diarahkan oleh Andy Serkis dengan lakon layar ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Hardy turut berkhidmat sebagai penerbit bersama Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. Venom: Let There Be Carnage akan ditayangkan di pawagam pada 1 Oktober ini.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment