Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Tunku Mona Riza Bakal Hasilkan Filem Biopik Atlet Paralampik Negara, Ridzuan Puzi

Sumber Gambar: The Malay Mail

Selepas memenangi anugerah Pengarah Harapan FFM29 menerusi filem Redha, pengarah Tunku Mona Riza mendedahkan projek terbaru beliau tidak lama lagi. Pengarah berusia 50 tahun itu memberitahu akan mengarahkan sebuah filem biopik atlet parampik negara, Ridzuan Puzi tidak lama lagi.

Beliau bercakap selepas ditemuramah oleh wartawan Cinemaonline.com

“InsyaAllah, if everything goes well, my second film would be about Ridzuan Puzi, our Paralympian who won gold medal at the 2016 Summer Paralympics in Rio,” – Tunku Mona Riza

Menurutnya laman web berkenaan, filem berkenaan dalam proses pembangunan skrip dan pengarah tersebut dalam proses perbincangan dengan beberapa pelabur tempatan.

Atlet Ridzuan Puzi

Selain menang dalam kategori Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-29, filem Redha juga turut mengondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi pelakonnya Nam Ron serta Pelakon Wanita Harapan menerusi pelakon June Lojong dan juga Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi pelakon Harith Haziq

Selain itu, Tunku Mona juga turut melahirkan rasa gembiranya diatas kemenangan beberapa anugerah filem arahannya itu dalam Festival yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu.

“This win means a lot to me. First and foremost, even though the film has travelled everywhere, there’s nothing like winning in your own home ground. It’s a different feeling altogether,”

Redha juga pernah memenangi anugerah Festival antarabangsa antaranya di Film Festival Philippines yang mana June Lojong memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbik dan juga memenangi anugerah khas Juri di festival tersebut

Sumber: Cinema Online

Related posts

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee