Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tunggu Sebentar! Toy Story 4 Mempunyai Babak ‘Post Credit

 

Bagi yang ingin menonton filem Toy Story 4 esok (20 Jun 2019), anda dinasihatkan untuk duduk sebentar kerana filem animasi Disney/Pixar itu akan menayangkan babak ‘mid credit’ dan ‘post credit’.

Berita ini disahkan laman-laman hiburan antarabangsa untuk hadir semasa tayangan premier filem Toy Story 4 minggu lepas. Jadi, apabila filem tersebut tamat, jangan lari, jangan bangun, duduk sebentar dan tonton filem tersebut sehingga betul-betul habis.

Toy Story 4 diarahkan Josh Cooley manakala skrip ditulis oleh Rashida Jones, Will McCormack, Stephany Folsom. Ianya mengisahkan tentang pengembaraan Woody dan rakan-rakanya serta mengalu-alu kedatangan rakan baru di bilik Bonnie termasuklah patung yang tidak mahu berada di sana iaitu Forky.

Filem ini disuarakan oleh Tim Allen dan Tom Hanks yang membawakan suara Buzz Lightyear serta Woody serta turut dibantu Annie Potts, Patricia Arquette, Joan Cusack serta suara-suara baru dari pelakon terkenal iaitu Keanu Reeves, Keegan-Michael Key dan Jordan Peele.

Toy Story 4 akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Jun 2019

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment