Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tun M turut berlakon dalam filem Kapsul

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Filem Sains fiksyen tempatan, filem Kapsul boleh dikatakan sangat istimewa apabila tokoh negarawan kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed turut membintangi filem tersebut.

Menurut syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd, mereka berjaya melamar bekas Perdana Menteri untuk berlakon dalam beberapa babak filem tersebut dan menurut mereka lagi, Tun berlakon sebanyak 5 babak termasuklah berdialog dengan pelakon utama, Faizal Hussein.

Penerbit Amru Najmi Osman memberitahu, penampilan Tun M lebih kepada visi Tun iaitu Wawasan 2020

“Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

“Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya.

sumber: www.filemkapsul.com
sumber: www.filemkapsul.com

Menurut Amru lagi, Tun M bersetuju membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem Kapsul ini adalah filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali dan dijangka akan menemui penonton pada 17 September hadapan.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi Martis berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment