
Pada Ogos yang lalu, pengarah dan pencipta francais Kingsman, Matthew Vaughn mengesahkan bahawa dia sedang merancang filem ketiga Kingsman lakonan Taron Egerton, dengan filem prekuel akan datang, The King’s Man, akan menetapkan peristiwa untuk filem ketiga.
Bagaimanapun, Vaugh bukan sahaja membangunkan ‘threequel’, tetapi dia juga sedang merancang tujuh filem Kingsman!.
CEO Marv, Zygi Kamasa, telah mendedahkan kepada media bahawa Vaugh akan terus mengembangkan francais aksi pengintipan itu dengan perancangan “tujuh buah filem Kingsman.”
Selain itu juga, Kamasa turut mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan siri televisyen Kingsman.
“We want to grow the business and the output,”
“We have a Kingsman TV series in the works and there are two-three other franchises that are being developed alongside the Kingsman world.”
Filem terbaru, The King’s Man, akan berlatarbelakangkan awal 1900an dan mengisahkan tentang usaha seorang individu dalam menghentikan sebuah organisasi jenayah terancang yang mahu mewujudkan peperangan. Filem prekuel ini juga akan menceritakan bagaimana agensi perisikan Kingsman diwujudkan.
Ralph Fiennes akan memainkan watak utama dalam prekuel akan datang disamping barisan pelakon yang terdiri daripada Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, serta Djimon Hounsou, dan Charles Dance.
Prekuel Kingsman ini akan ditayangkan di pawagam pada 26 Februari 2021.
Sumber: Deadline