Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Netflix menyambut kepulangan semula Chris Hemsworth ke perkhidmatan streaming dengan teaser trailer Extraction 2. Filem aksi terbaru ini merupakan sekuel kepada filem asal, Extraction, yang telah menjadi hit buat Netflix. Tiada tarikh pelancaran diberikan buat masa ini, dan produksi untuk projek terbaru ini akan bermula tidak lama lagi. 

Tonton teaser Extraction 2 dibawah:

Filem asal, Extraction, bertempat di dunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludupan. Ia menceritakan seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan di antara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung di sebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.

Barisan pelakon terdiri daripada  Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.

Extraction diterbikan oleh Netflix, dengan Joe Russo sebagai penulis skrip, manakala koordinator lagak ngeri Sam Hargrave, membuat debut sebagai pengarah menerusi filem ini. 

Filem ini dihasilkan oleh Netflix. Joe Russo menulis lakon layar, sementara Sam Hargrave, yang terkenal dengan hasil kerja sebagai koordinator lagak ngeri dalam beberapa filem Marvel serta peranan kecil dalam filem aksi seperti Atomic Blonde, membuat debut sebagai pengarah.

Extraction diterbitkan oleh pengarah Avengers: Endgame, Anthony dan Joe Russo melalui syarikat mereka, AGBO, bersama dengan Hemsworth, Mike Larocca, dan Eric Gitter.

Strim Extraction (2020)

Related posts

Penulis “Bruce Almighty” Dedah Sekuel Yang Tak Menjadi

Kakimuvee

Rancangan Sebenar Akan Bermula Dalam Trailer “Money Heist: Korea Part 2”

Kakimuvee

James Gunn Ingatkan Peminat Agar Jangan Percaya Khabar Angin Mengenai Masa Depan DC

Kakimuvee

Sempena Hari Avatar, Disney Lancar Trailer Terakhir “Avatar: The Way Of Water”

Kakimuvee

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Kakimuvee

Kos Pembikinan FAST X Hampir Menyamai Avengers: Endgame

Kakimuvee

Leave a Comment