Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Adaptasi live-action Netflix Cowboy Bepop yang dibintangi oleh John Cho telah mendapat banyak sorotoan semasa acara maya Tudum Netflix pada hari ini. Perkhidmatan streaming itu telah melancarkan klip pembukaan untuk siri tersebut, yang berdasarkan anime ikonik dengan nama sama. 

Cowboy Bepop akan tersedia di Netflix pada 19 November 2021. Anda boleh tonton klip pembukaan Cowboy Bepop dibawah:

Cowboy Bepop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang. 

Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.

Anime Cowboy Bepop hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bepop: The Movie”.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment