Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Ketika mengadakan acara global TUDUM, perkhidmatan streaming Netflix telah mengumumkan jadual pelepasan untuk filem-filem dan siri asli Korea yang akan datang. Antara yang diumumkan adalah siri yang dinantikan, Hellbound dan noir drama, My Name. Anda boleh senarai filem dan siri dibawah:

My Name

Dibintangi Han So-hee, My Name  adalah mengenai seorang wanita yang berdendam yang menyertai sindiket jenayah dan menjadi polis yang menyamar untuk mencari pembunuh ayahnya. Siri ini arahkan oleh Kim Jin Min (Extracurricular) dan turut dibintangi pelakon seperti Park Hee Soon, Ahn Bo Hyun, Kim Sang Ho, Lee Hak Joo, dan Jang Ryul.

Dalam pada itu, Netflix turut melancarkan ‘sneak peek’ yang penuh aksi untuk siri My Name:

Hellbound

Tarikh pelancaran: 19 November 2021

Hellbound merupakan drama Korea pertama yang ditayangkan di festival filem terkenal, Toronto International Film Festival (TIFF), dan diakui sebagai “siri Netflix Korea yang harus ditonton.” Drama ini juga telah diundang ke Festival Filem Antarabangsa Busan ke-26 dan Festival Filem BFI London ke-65.

Diarahkan oleh pengarah Train to Busan, Yeon Sang Ho, Hellbound adalah siri terbaru Netflix yang ditetapkan di dunia dimana umat manusia berhadapan dengan fenomena supernatural yang menakutkan: utusan dari neraka yang muncul di Bumi tanpa amaran dan menghukum orang ke neraka.

Di tengah-tengah kekacauan yang disebabkan oleh realiti baru yang menakutkan ini, muncul sebuah agama yang dipimpin oleh Jung Jin Soo (lakonan oleh Yoo Ah In), dan ia mula mendapat populariti, sementara yang lain sangat mencari kebenaran di sebalik fenomena aneh ini.

Tonton teaser terbaru Hellbound dibawah:

The Silent Sea

Tarikh pelancaran: Disember 2021.

The Silent Sea adalah siri sains fiksyen seram yang ditetapkan pada tahun 2075, di mana hampir kesemua tempat di Bumi berubah menjadi gurun sehingga menyebabkan kekurangan makanan dan air. Pasukan khas telah ditugaskan untuk mengambil sampel misteri dari stesen penyelidikan yang ditinggalkan di bulan, yang disebut sebagai “The Silent Sea.”

Kisah ini adalah pengembangan dari filem pendek dengan nama yang sama oleh pengarah Choi Hang Yong, yang turut memimpin siri Netflix ini. Lakon layar ditulis oleh Park Eun Gyo, yang menulis untuk filem Mother, manakala pelakon Jung Woo Sung sebagai penerbit siri ini.

Juvenile Justice

Tarikh pelancaran: Januari 2022.

Juvenile Judgement adalah drama perundangan yang mengisahkan tentang seorang hakim yang baru dilantik di mahkamah remaja di Daerah Yeonhwa. Dia sangat membenci pesalah remaja kerana pernah menjadi mangsa jenayah remaja. Dalam drama ini, dia akan menghadapi pelbagai kes yang melibatkan remaja dan mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan menjadi orang dewasa.

Siri ini dipimpin oleh pengarah Hong Jong Chan (Live Up to Your Name, Dear My Friends, Life) manakala barisan pelakon terdiri daripada Kim Hye Soon sebagai hakim Shim Eun Seok, Kim Moo Yeol sebagai Cha Tae Joo, Lee Sung Min sebagai Kang Woo Joong dan Lee Jung Eun sebagai Na Geun Hee.

All of Us Are Dead

Tarikh pelancaran: Januari 2022.

All of Us Are Dead akan menggambarkan situasi melampau yang berlaku ketika sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi, dan mereka yang berada di luar berusaha menyelamatkan pelajar yang terperangkap di dalam sekolah. 

Drama ini akan menunjukkan jiwa orang-orang yang berjuang hingga saat terakhir untuk bertahan dalam ruang yang terhad, serta sifat kemanusian yang tersembunyi yang muncul ketika mereka terpaksa berada dalam situasi yang mengerikan. Berdasarkan dari webtoon popular dengan nama sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu (Damo, Intimate Strangers) dan ditulis oleh Cheong Sung II (L.U.C.A.: The Beginning). Barisan pelakon terdiri daripada Yoon Chan Young, Park Ji Hoo, Cho Yi Hyun, Lomon, dan Yoo In Soo.

Love and Leashes

Tarikh pelancaran: Februari 2022.

Filem Love and Leashes mengisahkan kisah percintaan yang tidak konvensional antara seorang lelaki dengan selera unik dan seorang wanita yang secara tidak sengaja mengetahui rahsianya. Filem ini diarahkan oleh Park Hyeon Jin, yang telah mengarahkan Lovers of 6 Years dan Like for Likes.

Filem ini dibintangi anggota Girls’ Generation, Seohyun dan UKISS, Lee Jun Young

Sumber: Soompi

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment