Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“True Beauty” & “Run On” Berakhir Dengan Rating Yang Cukup Baik


Dua drama Run On dan True Beauty berakhir dengan rating yang cukup baik. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod finale True Beauty telah merekodkan rating sebanyak 4.458 peratus, hampir menyamai rating tertinggi yang dicatatkan drama tersebut pada episod sebelumnya, iaitu 4.579 peratus. 

True Beauty berdasarkan webtoon terkenal berjudul yang sama. Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.

Sementara itu di JTBC, Run On menamatkan dramanya dengan purata rating sebanyak 3.623 peratus, juga hampir menyamai rating tertinggi iaitu 3.772 peratus.

Run On menceritakan kisah orang yang cuba berhubung antara satu sama lain dalam bahasa mereka sendiri setelah tinggal di dunia yang berbeza dan pada jarak yang berbeza.


Sementara itu di TV Chosun, drama Miss Trot 2 merekodkan purata rating sebanyak 27.653 peratus dan 29.985 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod minggu lalu. 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

My Dearest Part 2 Pecah Rekod, Catat Rating 2 Digit

Kakimuvee

The Kidnapping Day Kekalkan Rating Tinggi Menjelang Episod Akhir

Kakimuvee