Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“True Beauty” Bermula Baik, Rating “Cheat On Me If You Can” Menurun


Drama terbaru tvN, True Beauty telahpun memulakan episod perdananya pada 9 Disember (semalam).

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod pertama True Beauty telah merekodkan purata rating sebanyak 3.573 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.8 peratus.

Drama romantik komedi remaja ini berdasarkan webtoon terkenal berjudul yang sama. Ia mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.

Setelah dia bertemu dengan Lee Su Ho (Cha Eun Woo – ASTRO), seorang pelajar popular yang mempunyai luka emosionalnya sendiri, mereka saling berkongsi rahsia dan belajar untuk menyembuhkan melalui cinta.

Sementara itu di KBS, drama Cheat on Me If You Can menyaksikan sedikit penurunan. Seleaps mengekalkan rating atas 5 peratus pada minggu pertama tayangannya, episod ketiga drama ini hanya mencatatkan purata rating sebanyak 3.3 dan 4.5 peratus.


Akhir sekali di MBC, drama The Spies Who Loved Me merekodkan purata rating sebanyak 1.8 peratus dan 2.3 peratus, penurunan berbanding episod sebelumnya.


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “The Worst of Evil” Akan Tiba Pada 27 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee