Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

TROLLS WORLD TOUR Isi Kekosongan Yang Ditinggalkan NO TIME TO DIE

Susulan penangguhan tarikh tayangan No Time to Die disebabkan wabak Coronavirus, Universal Pictures dan DreamWorks Animation telah menganjak tarikh tayangan Trolls World Tour seminggu lebih awal dari tayangan asal.

Sekuel animasi Trolls itu sepatutnya ditayangkan pada 17 April 2020, dan kini tarikh baru yang telah ditetapkan adalah 10 April 2020.

Trolls World Tour akan menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan – satu lagi dunia Troll yang terasing dan dipisahkan berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy, Branch dan rakan-rakannya memulakan penggembaran epik di kawasan yang mereka tidak kenali, serta melakukan satu pekara yang cukup mustahil – menyatukan Trolls antara satu sama lain.

Kelly Clarkson akan memainkan peranan sebagai Delta Dawn, dan menyertai pelakon asal iaitu Ann Kendrick sebagai Poppy dan Justin Timberlake sebagai Branch. Turut bersama dalam filem ini adalah James Corden sebagai Biggie, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo sebagai Satin, Ron Funches sebagai Cooper, Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond serta beberapa pelakon baru yang lain seperti Jamie Dornan, Anthony Ramos, Karan Soni dan Flula Borg.

Trolls World Tour diarahkan Walt Dohrn, yang sebelum ini menjadi pengarah bersama filem pertama bersama-sama Mike Mitchell. Filem pertama Troll yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment