
Dua drama baru menyertai persaingan rating drama Isnin-Selasa!
Drama terbaru SBS Trolley dan sekuel Missing: The Other Side 2 telah membuat tayangan perdana malam semalam. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod pertama Trolley telah memperolehi purata rating 4.6 peratus, berkongsi status sebagai drama Isnin-Selasa paling ramai penonton dengan drama Curtain Call.
Trolley ialah drama misteri romantik baharu tentang isteri ahli politik yang menghadapi dilema terbesar dalam hidupnya selepas rahsia yang disembunyikannya secara tidak dijangka terbongkar kepada dunia. Dibentangkan dengan pilihan yang sukar dan tiada jawapan yang tepat, watak-watak dalam ini akan dihanyutkan dalam badai kekeliruan dan konflik.
Drama terbaru tvN Missing: The Other Side 2, yang turut memulakan siarannya semalam, telah memperolehi purata rating sebanyak 3.7 peratus.
Missing: The Other Side ialah sebuah drama fantasi misteri tentang sebuah perkampungan yang didiami oleh jiwa orang yang hilang semasa mereka masih hidup. Selepas dua tahun, siri ini kembali untuk musim kedua dengan Go Soo, Heo Joon Ho, Ahn So Hee, meneruskan peranan masing-masing.
Sementara itu, episod 13 drama KBS2 Curtain Call telah memperoleh purata rating sebanyak 4.6 peratus, penurunan sebanyak 1.5 peratus berbanding rating episod sebelumnya, iaitu 6.1 peratus.
Akhir sekali, drama Summer Strike turut menunjukkan penurunan dengan episod terbaru memperoleh rating 0.9 peratus.
Sumber: Soompi