Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Trofi Oscar Disangka Senjata” – Park So Dam Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Ditahan Di Lapangan Terbang

Dalam episod terbaru Ask Us Anything, pelakon Park So Dam telah kongsikan pengalaman lucu semasa krew dan pelakaon Parasite cuba membawa pulang trofi Oscar ke Korea Selatan.

Awal tahun ini, Parasite telah mencipta sejarah apabila menjadi filem Korea pertama yang memenangi kategori Filem Terbaik di Anugerah Oscar Ke-29. Bukan itu sahaja, pengarah Bong Joon Ho turut menjadi pengarah Korea pertama membawa pulang trofi Oscar bagai kategori Pengarah Terbaik.


Semasa menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Ask Us Anything, Park So Dam mendedahkan bagaimana trofi Oscar membuat barisan pelakon dan krew mengalami masalah di lapangan terbang semasa ingin pulang ke Korea.

Aktres itu menjelaskan, “Kami gugup dengan idea untuk menghantar pulang trofi ke Korea. Bagaimana kita boleh menghantarnya melalui pos, adakah trofi itu akan pecah? Oleh itu, kami meletakkannya dalam beg pakaian masing-masing setelah membungkusnya dengan berhati-hati dan banyak balutan gelembung.”

“Setiap trofi (Oscar) beratnya sekitar enam kilogram” sambungnya lagi.

“Jadi, ianya sangat berat. Dan kerana ia dibuat dari logan, kami membungkusnya dengan berhati-hati dalam pelbagai bahan, [pengawal keselamatan di lapangan terbang] menyangkakan ia adalah senjata. Kami membungkusnya dengan begitu banyak barang, dan disebabkan panjang dan berat, kami ditahan di lapangan terbang. “

Park So Dam dengan nada ketawa berkata lagi, “Ejen keselamatan terkejut, rupanya ia adalah trofi. Oleh itu, kami membungkusnya kembali dengan balutan gelembung [dan pulang ke rumah.”

Untuk info, Parasite telah membawa pulang empat anugerah Oscar iaitu dalam katgeori: ‘Best Picture’, ‘Best Director’, ‘Best Original Screenplay’, dan ‘Best International Feature Film’.

Sumber: Soompi

Related posts

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

“Hansan: Rising Dragon” Catat 2 Juta Penonton Dalam Tempoh 5 Hari Tayangan

Zulaikha

Warner Bros. Umum Sekuel “Tokyo Revengers”

Kakimuvee

Leave a Comment