Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer Siri TV

Treler Baymax! Menggoda Debut 2022 Di Disney+

Disney+ telah melancarkan trailer rasmi Baymax! untuk filem animasi Walt Disney Animation Studios yang akan datang, yang juga merupakan spin-off kepada animasi popular Bigh Hero 6. Siri ini dijadualkan tayangan pada musim panas 2022.

Trailer tersebut, yang boleh anda lihat di bawah, mengusik kepulangan rakan penjagaan kesihatan kegemaran ramai, Baymax. Daripada seorang wanita tua sehinggalah kanak-kanak sekolah rendah, dan kepada Mak Cik Cass, robot yang boleh dipeluk bersedia untuk membantu penduduk San Fransokyo.

Baymax! menandakan siri animasi pertama daripada Walt Disney Animation Studios. Ia akan menampilkan suara Scott Adsit, dan Maya Rudolf ketika mereka memainkan semula peranan masing-masing sebagai Baymax dan Aunt Cass dari filem 2014.

Berdasarkan komik Marvel dengan nama yang sama, Big Hero 6 diarahkan oleh Don Hall dan Chris Williams daripada lakon layar yang ditulis oleh Jordan Roberts, Robert L. Baird dan Daniel Gerson. Pengembaraan komedi yang penuh aksi itu turut dibintangi oleh Ryan Potter sebagai Hiro Hamada, Jamie Chung sebagai Go Go Tomago, Damon Wayans Jr. sebagai Wasabi, T.J. Miller sebagai Fred, Genesis Rodriguez sebagai Honey Lemon, dan Daniel Henney sebagai Tadashi.

Big Hero 6 segera menjadi hit dengan kutipan kasar lebih $650 juta di box office global. Filem ini juga turut mencapai satu kejayaan kritikal kerana ia berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment