Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Transformers Universe Akan Dihasilkan Semula Selepas Filem Bumblebee?

Tidak dapat dipastikan sama ada berita ini akan mengembirakan peminat-peminat franchise Transformers ataupun tidak, tetapi terdapat desas-desus mengatakan pihak Paramount dan Hasbro mula menekan butang ‘reset’ dan akan menghasilkan semula franchise Transformers.

Berita tersebut dikeluarkan oleh laman web peminat TFW 2005 yang mengatakan selepas melihat pihak studio menyingkirkan pembikinan filem Transformers 6 dari jadual penggambaran dan tiada perancangan filem-filem Transformers sehingga tahun 2021.

“Hasbro specifically stated that a new team at Paramount will reset the Transformers Live Action Movie Series following the release of Bumblebee: The Movie.”

Berdasarkan dari kenyataan laman web peminat tersebut, siri ‘live action’ Transformerse akan dihasilkan semula selepas tayangan filem spinoff Bumblebee.

Ketika ini, studio Paramount dan Hasbro sedang dalam proses pembikinan filem terbaru G.I JoeMicronauts yang dijangka akan dikeluarkan pada 2020 serta filem Dungeons and Dragons yang akan diterbitkan pada 2021. Kedua-dua syarikat itu juga turut dalam perancangan sebuah filem yang masih tidak mempunyai tajuk yang mana filem tersebut akan diterbitkan pada tahun 2021 juga. Khabar angin mengatakan filem tersebut adalah filem pertama Transformers selepas proses penghasilan semula.

Setakat ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web berkenaan sekadar khabar angin sahaja memandangkan ianya datang dari laman web peminat.

Franchise Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay telah berjaya mengutip $4.38 seluruh dunia, bagaimanapun filem terakhir pengarah tersebut boleh dianggap filem paling gagal kerana hanya mampu mengutip $605.4 juta, kurang hampir $500 juta dari dari filem sebelumnya Transformers: Age of Extinction yang diterbitkan pada 2014.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment