Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Transformers: Rise of the Beasts Ditunda Setahun, Akan Ditayangkan Pada 2023

Paramount Pictures secara rasmi menunda tarikh tayangan filem arahan Steven Caple Jr., Transformers: Rise of the Beasts. 

Ansuran ketujuh dalam francais aksi sci-fi Transfromers itu pada asalnya ditetapkan 24 Jun 2022, namun pihak studio menukar tarikh tayangannya ke 9 Jun 2023, hampir setahun dari tarikh tayangan asal. Kelewatan tarikh tayangan berlaku selepas projek berprofil tinggi itu baru-baru ini menamatkan penggambarannya awal bulan ini. 

Transformers: Rise of the Beasts akan membawa penonton dalam pengembaraan mendebarkan era 90-an dan memperkenalkan Maximals, Predacons, dan Terrorcons kepada pertempuran yang ada di bumi antara Autobots dan Decepticons. Ditetapkan di Kota New York dan Peru, filem live-action terbaru ini akan mengikuti Optimus Prime dalam bentuk robot G1 pada tahun 90-an ketika dia baru berada Bumi

Filem ini akan diterajui oleh Anthony Ramos (Hamilton, In the Heights) dan Dominique Fishback (Judas and the Black Messiah). Menyertai mereka adalah watak Bumblebee dan Autobot Mirage, bersama dengan debut watak Scourge, Arcee, Nightbird, Air-Razor, Rhinox, dan Optimus Primal, yang akan disuarakan oleh Bintang Hellboy, Ron Perlman.

Projek kerjasama Paramount Pictures, eOne dan Hasbro ini diarahkan oleh Steven Caple Jr. (Creed II) dan ditulis oleh Joby Harold (Army of the Dead).

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment