Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Transformers: Origin dan Evolusi Optimus Prime

Minggu depan bermulanya tayangan filem kelima franchise Transformers, The Last Knight. Filem terbaru ini nanti bakal mengorek misteri kewujudan Transformers di Bumi sejak berkurun yang lalu serta melihat kesudahan peperangan diantara Manusia dan Robot.

Sementara kita menunggu tayangan filem ini pada 22 Jun, mari kita lihat transformasi salah satu watak Transformers paling popular, Optimus Prime, dari mula-mula wataknya dicipta sehinggalah filem terbaru ini.

1 Diaclone

Diaclone, patung robot yang boleh berubah dari kenderaan kepada robot, ciptaan Takara. Hasbro kemudiannya membuat perjanjian dengan Takara Toy untuk menghasilkan robot Transformers pada tahun 1983 dan membawa kewujudan robot Optimus Prime

2. Generation 1

Semasa pelancaran robot-robot generasi 1 dari 1984 sehingga 1992, Optimus Prime yang dihasilkan menjadi bentuk truck Kenworth K100 telah menjadi kegilaan peminat-peminat robot Transformers Generation 1.

3. Kepelbagai versi Optimus Prime

Banyak versi Optimus Prime dihasilkan oleh Hasbro dari tahun ke setahun, dan salah satunya Optimus Prime yang dihasilkan mengikut design truck Pepsi

4. Orion Pax

Versi asal Optimus Prime. Selepas dicederakan dengan teruk oleh Megatron, Orion Pax telah dibaiki dan dicipta semula oleh Alpha Trion dan kemudiannya dinamakan sebagai Optimus Prime

5. Star Convoy

Design terakhir Generation 1 Optimus Prime. Dihasilkan secara eksklusif oleh syarikat Takara.

6. Nemesis Prime

Klon jahat Optimus Prime, rupabentuk yang sama dengan Optimus tetapi memiliki warna yang berbeza iaitu warna hitam

7. Generation 2

Rupa bentuk yang sama dengan Generation 1, tetapi terdapat beberapa penambahan pada aksesori Optimus Prime seperti senjata laser

8. Optimus Primal – Beast War

Siri spin off Transformers – Beast War – yang menggunakan karakter-karakter haiwan dalam siri animasi Transformers ini. Optimus Primal adalah versi Optimus Prime dalam animasi Beast War. Bertukar bentuk dari robot ke haiwan Gorilla. Terdapat juga versi Optimus Prime daam Beast War iaitu bukan dalam bentuk Gorilla tetapi dalam bentuk kelawar. Kelakar…

9. Transformers: Robot in Disguise (2001)

Siri reboot Transformers menunjukan kembalinya Optimus Prime, tetapi bukan dalam bentuk tradisionalnya iaitu bentuk Kenworth truck, tetapi dalam bentuk yang lebih moden dan mempunyai enjin berapi..wuuuu..

10. Unicron Trilogi

Selain itu juga, Optimus muncul dalam pelbagai versi dalan siri animasi trilogi Unicron. Setiap musim siri tersebut akan menampilkan rupa bentuk Optimus Prime yang berbeza

11. Transformers 2007

Filem live action pertama Transformers dihasilkan dengan Optimus muncul dalam rupabentuk truck Peterbilt model 1994.

12. Transformers: Animated

Selepas filem live-action dihasilkan, kemudianya Transformers: Animated pula muncul dengan rupa bentuk Optimus Prime yang lebih style dan menggunakan kapak sebagai salah satu senjata.

13. Shattered Glass

Dalam alternate universe dimana yang baik menjadi jahat, manakala jahat menjadi baik, Optimus Prime merupakan robot yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

14. Transformers: Revenge of the Fallen (2009)

Sekuel filem Transformers yang menyaksikan tiada perbezaan pada rupabentuk Optimus Prime sehinggalah dia bergabung dengan JetFire

15. General Optimus Prime

Salah satu toyline yang dibatalkan menyaksikan Optimus Prime sebagai trak armor atau mungkin tank dan dikenali sebagai General Optimus Prime

16. Green Lantern Optimus Prime

Crossover yang dibatalkan yang menunjukan Justice League dan Transformers bertembung sesama sendiri. Lihat gambar disebelah kanan, Optimus Prime merupakan salah seorang anggota Green Lantern Corp, dan invisible jet Wonder Women merupakan Transformers.

17. Transformers: Prime

Rupabentuk Optimus Prime dalam siri animasi Transformers:Prime. Kelihatan seperti generasi pertama Optimus

18. Transformers Prime Beast Hunters: Predacons Rising

Siri animasi ini pula kelihatan Optimus Prime lebih besar dan nampak gagah..

19. Transformers: Age of Extinction (2014)

Rupa bentuk yang agak usang pada permulaan filem Age of Extinction kerana Optimus dalam pensembunyian dari diburu tentera manusia

20. Transformers: Age of Extinction (2014)

Kemudian dia kembali rupabentuk yang hampir sama dengan filem pertama dan kedua, sambil mengenakan senjata Cybertronian knights.

21. Optimus Prime Bird

Angry Bird dalam siri spin off transformers dan menampilkan Optimus Prime versi Angry Bird

22. Transformers: Robots in Disguise (2015)

Rupabentuk Optimus Prime dalam siri animasi terbaru

23. Transformers: The Last Knight (2017)

Gambar terbaru Optimus dalam filem akan datang, Transformers: The Last Knight. Dia menjadi jahat dan kelihatan badannya sudah dinaiktaraf seiring dengan pesonanya terbaru dalam filem itu nanti.

24. Mobile Legend

Ok yang ini kami bergurau.. jangan maraahhh aaa..

Related posts

The Best Action and Trilling Entertainment on HBO GO, HBO and Cartoon Network This December

Is Mohd

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

The Making of a Live-Action Anime: 9 Fun Facts from Behind the Scenes of Cowboy Bebop

Is Mohd

7 Fakta Tentang Mickey Mouse & Minnie Mouse Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kakimuvee

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi

Natasha

8 Shows Where Asian Leads Are In the Spotlight

Zulaikha

Leave a Comment