Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Transformers: The Last Knight Review

Genre: Aksi / Sains Fiksyen

Pengarah: Michael Bay

Pelakon: Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Santiago Cabrera, Anthony Hopkins

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 22 Jun 2017

Klasifikasi: PG-13

Durasi: 2 jam 30 Minit

Rating: 5/10

Sejak penerbitan filem pertama franchise Transformers pada tahun 2007, hanya filem pertama sahaja yang mendapat “mixed review” baik dari pengkritik mahupun penonton, namun selepas daripada itu, sekuel-sekuel filem adaptasi dari permainan Hasbro itu kerap dikritik dan mendapat rating “below par” dari laman-laman rating-rating filem.

Namun disebabkan popularitinya sebagai salah sebuah siri animasi popular, Transformers terus bertahan sehingga kini, malah Paramount Pictures sudah merangka untuk menghasilkan lebih banyak siri-siri Transformers akan datang.

Filem terbaru berjudul The Last Knight  yang mula ditayangkan diseluruh dunia pada 21 Jun yang lalu bagaimanapun menerima kritikan teruk dari pemerhati dan penonton filem malah dilabel sebagai filem terburuk pernah dihasilkan pada tahun ini, merampas gelaran yang dipegang oleh filem The Mummy.

Memang tidak dinafikan kenyataan tersebut setelah penulis pergi menonton filem terbaru dan terakhir Michael Bay itu. The Last Knight boleh dianggap “disaster” kepada pengarah yang terkenal dengan efek letupan.

Kenyataan filem ini adalah filem terakhir Bay serta twist yang menunjukkan Optimus Prime menjadi jahat dalam setiap trailer-trailer filem ini tidak mampu menutup keburukkan yang dipamerkan sepanjang filem ini berlangsung. Malah kalau anda himpunkan segala trailer yang ditunjukkan sebelum tayangan filem, anda seperti melihat keseluruhan plot filem ini tanpa perlu menonton filem penuh.

Jujur penulis katakan, filem ini terlampau teruk plotnya, malah “character development” yang begitu hambar, skrip yang begitu membosankan dan humor yang tidak menjadi menyebabkan reputasi pengarah yang terkenal dengan filem Armageddon, The Rock  dan 13 hours of Benghazi itu jatuh teruk seolah-olah dia merupakan pengarah paling “noob” sekali dalam industri perfileman Hollywood, berada dibawah pengarah yang kurang berpengalaman Alex Kurtzman (The Mummy)

Walaupun Bay terkenal dengan kegemarannya memainkan efek letupan dalam filemnya, filem kali ini, segala efek yang cuba ditonjolkan langsung tidak memberi keghairahan kepada penulis. Aksi manusia melambung yang sama dari mula hingga akhir dan impak hentaman Planet Cybertron dipermukaan Bumi tidak begitu sehebat filem Independence Day 2,  seolah-olah Bumi langsung tidak terkesan dengan hentaman planet Cybertron 

Aksinya juga tidak seperti filem-filem Transformers terdahulu, ya memang banyak babak-babak aksi tetapi terlampau sekejap dan banyak cut scene. Jika filem Transformers sebelum ini, kita dapat melihat aksi pertarungan robot dengan begitu lama, kali ini setiap babak tersebut hanya memakan masa kurang dari 10 saat. Mujur babak pertarungan diantara Bumblebee dan Nemesis Prime tidak mengecewakan, cuma agak kelakar apabila Prime tersedar dari pukau selepas mendengar suara Bumblebee. Begitu mudah Optimus disedarkan dari “pukauan” Quintessa.

Karakter-karakter filem ini juga dilihat agak mengecewakan. Cade Yeager lakonan Mark Wahlberg tidak setangkas filem sebelum ini, flat dan hambar, Izabella bagi penulis sebagai pelakon penyebok dalam filem ini, William Lennox pula seperti hilang ingatan terhadap robot-robot Autobot dan paling sayang, Seymour Simmons sekadar melengkapkan jumlah karakter dalam filem ini sedangkan karakternya antara paling menarik dalam franchise Transformers. 

Watak Sir Edmund Burton lakonan Anthony Hopkins pula bagi penulis menimbulkan tanda tanya. Tiba-tiba sahaja muncul sebagai Individu yang begitu arif mengenai Transformers.

Dari permulaan filem sampai penghujung, penulis rasanya tiada satupun babak dalam filem berkenaan mampu menarik adrenaline penulis. Plotnya begitu teruk dan begitu mudah dijangka. Tidak seperti Transformers 2007 yang penuh dengan adventure begitu juga sekuel kedua dan ketiga, The Last Knight dilihat seperti sebuah filem yang mendatar, bosan dan kadang kala serabut dengan babak TRF yang cuba memburu Autobot dan Cade Yeager. Tiada idea kreatif langsung baik dari pengarahan dan juga dari penulis filem ini.

Secara keseluruhannya, Transformers: The Last Knight sebuah filem yang dianggap teruk dalam sejarah franchise Transformers. Tiada improvement dan sekadar menyajikan efek letupan dan kehebatan CGI Transformers sebagai modal untuk mengaut keuntungan. Tiada filem yang lebih teruk pada tahun ini selain filem The Last Knight.

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment