Transformasi Sharnaaz Ahmad

299
views

suamiku-encik-sotong-feature-1

Baru – baru Sharnaaz Ahmad dikata sekarang ini sedang melakukan transformasi badannya menjadi lebih berotot atau erti kata lain “sado” demi watak dalam drama terbaru Mencitaimu yang bakal ditayangkan dalam slot Akasia TV3 pada Ogos nanti.

Jika anda pengikut tegar laman sosial Instagram milik Sharnaaz Ahmad, pasti menyedari aktor terkenal ini sedang sibuk dalam proses membina badan sejak akhir Ramadan lalu.

Bintang Filem Juvana ini mengakui perlu menambahkan berat badannya sehingga 10 atau 15 kilogram (kg) dalam tempoh sebulan bagi memperoleh susuk tubuh yang berotot dan ideal.

“Bagi memberikan kelainan dalam watak, saya akan buat badan jadi ‘sado’. Malah, saya sendiri yang mencipta karakter lakonan saya kali ini terutamanya daripada segi imej, berat dan saiz badan.

“Sejujurnya, karakter ini banyak berkaitan dengan perjalanan hidup saya, selain masih menyelitkan cerita cinta daripada cara saya sendiri.

“Saya bukanlah nak popular, tetapi sasaran utama saya adalah untuk mencuba mencecah ‘rating’ sekurang-kurangnya 6 juta penonton yang akan menonton drama ini,” katanya kepada Zass ketika ditemui, baru-baru ini.

Drama bersiri terbaharu arahan Raja Ahmad Alauddin yang menyaksikan pelakon berusia 30 tahun itu bergandingan dengan pendatang baharu, Zahira Macwilson.

Demi menjayakan watak tersebut Sharnaaz terpaksa mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dan berulang serta bersenam di gymnasium. Malah beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli makanan tambahan yang dibeli khas dari luar negara.

“Saya juga harus mengikut diet ketat dan berdisiplin tinggi dan itu adalah cabaran utama saya. Saya kerap makan. Malah, sekali makan dalam kuantiti yang sangat banyak.

“Sehari saya makan sehingga tiga ke empat jenis daging, selain mengambil beberapa jenis makanan tambahan. Setiap hari apabila habis penggambaran saya akan ke gimnasium sehingga jam 2 pagi,” katanya yang pada masa sama juga perlu menjaga mutu lakonan serta tidak boleh terlalu penat.

sumber: Sinar Harian

Previous articleFilem CCTV
Next articleAbam Bocey Kesal Di Fitnah
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here