Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Sony Pictures telah mendedahkan klip eksklusif filem superhero komik mereka bertajuk Morbius, yang memaparkan transformasi Michael Morbius menjadi makhluk yang menakutkan. Filem terbaru Sony Pictures/Marvel ini dijadualkan tayangan pada 27 Januari 2022. 

Klip tersebut memaparkan Martine Bancroft (lakonan Adria Arjona) sedang memantau perkembangan kesihatan tunangnya, Morbius lakonan Jared Leto. Bancroft kemudiannya didatangi salah seorang krew kapal bersenjata, ketika meminta krew tersebut agar tidak menganggunya, mereka mendapat Morbius tidak berada diatas katil. Semasa memeriksa bilik pemantauan, Morbius ketika itu sudah berubah menjadi sangat menakutkan dan mula menyerang krew-krew di dalam kapal tersebut. 


Anda boleh saksikan klip eksklusif Morbius dibawah:

Salah satu watak Marvel yang paling menarik dan berkonflik muncul di layar perak apabila Jared Leto berubah menjadi antihero misterius Michael Morbius,” baca sinopsis. “Penyakit darah yang jarang berlaku dan bertekad untuk menyelamatkan orang lain yang mengalami nasib yang sama, Dr. Morbius mencuba perjudian terdesak. Walaupun pada mulanya ia kelihatan seperti kejayaan yang radikal, kegelapan di dalam dirinya dilepaskan. Adakah kebaikan akan mengatasi kejahatan – atau adakah Morbius akan tunduk kepada desakan barunya yang misteri?”

Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa (Safe House) dari lakonlayar yang ditulis oleh Burk Sharpless dan Matt Sazaman. Filem ini diterbitkan Avi Arad, Matt Tolmach dan Lucas Foster. Barisan pelakon turut terdiri daripada Matt Smith sebagai Loxias Crown, Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, Jared Harris sebagai mentor Morbius dan Tyrese Gibson sebagai Ejen FBI.

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment