Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Transformasi Fizikal Luar Biasa Aktor Hollywood Demi Watak

Transformasi fizikal sangat biasa di kalangan ‘method actors’. Ada dikalangan yang segaja mengurangkan berat badan atau menggemukkan diri demi watak yang akan dilakonkan mereka. Tetapi kadangkala, terdapat beberapa pelakon yang terlampau mendalami watak lakonan, baik secara fizikal atau psikologi, sehingga kesan kepada mereka.

Disini kami ingin kongsikan pelakon-pelakon Hollywood yang hampir menjadi gila (ada yang maut) kerana terlalu obses dengan karakter lakonan mereka dalam sesebuah filem.

1 Heath Legder

Heath Ledger sangat mendalami watak Joker dalam filem arahan Christopher Nolan, The Dark Knight (2008). Dia membiarkan dirinya masuk ke dalam kemurungan, dan menjadi sangat teruk sehingga mendiang terpaksa mengambil pil penenang.

Ketika penggambaran filem The Dark Knight, Heath Ledger dilihat sangat menakutkan sebagai Joker ketika babaknya memasuki pesta Bruce Wayne. Michael Caine sangat ketakutan apabila melihat Heath Ledger sehingga pelakon veteran itu terlupa akan dialognya.

Gabungan insomnia, kemurungan dan pil penenang akhirnya menyebabkan kematian pelakon yang sangat berbakat ini. Heath Ledger memenangi anugerah Oscar untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem ini.

2. Christian Bale

 

Memainkan watak jurumesin bernama Trevor dalam filem The Machinist (2004), Christian Bale menguruskan badan dan kehilangan kira-kira 30 kilogram untuk filem itu.

Dia juga tidak tidur selama dua minggu berturut-turut demi mengubah dirinya “menjadi Trevor”. Dia menjayakan dan melakukan transformasi itu dengan mengasingkan dirinya dari kehidupan normal selama dua bulan.

3. Jared Leto

Jared Leto memang terkenal sebagai seorang pelakon yang gemar menggunakan kaedah-kaedah tersendiri untuk menjayakan sesuatu watak. Dia memberi hadiah-hadiah pelik kepada para pelakon dalam filem Suicide Squad (2016). Dia menulis surat cinta yang menakutkan dan memberi tikus mati kepada Margot Robbie dan memberi Will Smith peluru. Kemudian dia menghantar video bersama bangkai babi kepada kesemua pelakon yang terlibat.

Perkara ini menyebabkan penerbit filem ini mengupah seorang pakar terapi dan diletakkan di lokasi penggambaran untuk memberi terapi kepada kesemua pelakon ketika menjalani penggambaran.

4. Daniel Day Lewis

 

Daniel Day Lewis mungkin salah seorang pelakon terbaik yang masih hidup dan yang pernah ada. Dia sangat terkenal kerana sering mendalami watak lakonanya

Dalam filem My Left Foot (1989), Daniel Day Lewis digambarkan sebagai orang kurang upaya yang bongkok. Dia terus membongkok sepanjang tempoh penggambaran, dan juga selepas selesai menajalani pengambaran. Daniel akhirnya mengalami kecederaan dua tulang rusuk. Dia juga enggan keluar dari watak yang dibawanya itu walaupun ketika rehat. Krew-krew produksi terpaksa menyuapkannya makanan, sebagaimana wataknya yang kurang upaya dalam filem itu.

Daniel memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pertamanya di Anugerah Akademi melalui filem tersebut (dia satu-satunya pelakon lelaki yang memenangi 3 kali anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Oscar).

5. Adrien Brody

Adrien Brody melakukan app sahaja untuk menterjemahkan perasaan kehilangan segala-galanya dalam filem The Pianist (2002).

Demi karakter, dia kehilangan berat badan sebanyak 12 kilogram, tidak menggunakan telefon bimbitnya, menjual kereta dan pangsapurinya. Dia juga berpisah dengan teman wanitanya. Babak di mana dia menangis seperti telah kehilangan segala-galanya di dunia dalam filem itu, adalah semulajadi.

Adrien Brody merupakan pelakon lelaki termuda yang memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem ini pada umur 29 tahun.

6. Ashton Kutcher

 

Ashton Kutcher terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dia terlalu mendalami watak untuk filem Jobs (2013).

Ashton Kutcher bukanlah seorang ‘method actor’. Tetapi untuk peranan Steve Jobs, dia melakukan diet buah-buahan lengkap, sama seperti kehidupan sebenar Steve Jobs. Dua hari selepas penggambaran selesai, dia dimasukkan ke hospital kerana kekurangan vitamin yang teruk dan pengurangan kepadatan tulang.

7. Robert De Niro

 

Robert De Niro sememangnya diiktiraf sebagai pelakon ‘badass’. Semasa zaman kegemilangannya ketika berlakon dalam filem Raging Bull (1980), dan Taxi Driver (1976), dia benar-benar melakukan kaedah lakonan yang sangat hebat.

Untuk Taxi Driver, dia sanggup mendapatkan lesen memandu palsu dan haram yang mana dia menggunakannya untuk menjadi pemandu teksi yang sebenar dan mengambil penumpang di sekitar bandar New York pada waktu malam.

Dia juga mendalami watak peninju Jake LaMotta untuk filem Raging Bull. De Niro mempraktikkan tinju dengan begitu ganas sehingga dia mematahkan rusuk dan gigi Jake LaMotta sendiri ketika berlatih tinju dengannya.

8. Nicolas Cage

 

Nicolas Cage menakutkan pelakon-pelakon lain semasa menjalani penggambaran Ghost Rider (2007) Dalam filem tersebut, wajah dan susuk tubuh Nicolas Cage adalah CGI/janaan komputer apabila dia menjadi ‘Rider’. Tetapi itu tidak menghalangnya daripada mendalami watak itu sama sekali.

Dia mengenakan solekan di wajahnya supaya kelihatan seperti mayat dan membawa simbol-simbol Mesir purba dengan tujuan untuk memanggil hantu dan semangat. Cage terlebih mendalami karakter, sehinggakan pelakon-pelakon di dalam filem tersebut benar-benar menjadi takut kepadanya.

Dia juga enggan bercakap dengan mana-mana pelakon yang berlakon di sampingnya dan juga krew-krew produksi, dan itu lagi menambah ketakutan kepada semua yang terlibat dalam filem tersebut.

9. Danny Devito

 

Demi menjayakan watak dalam filem One Flew Over The Cuckoo’s Nest (1975), para pelakon telah tinggal di rumah sakit jiwa yang sebenar. Keseluruhan babak dalam filem ini dijalankan di wad psikiatri di rumah sakit jiwa. Selama penggambaran, seluruh watak tinggal di rumah sakit jiwa yang sebenarnya untuk merasai bagaimana menjadi ‘orang gila’.

Danny Devito mencipta teman khayalannya sendiri disaat pengambaran untuk membuat karakternya se’realistik’ yang mungkin. Sydney Lassick, mengalami gangguan mental disaat penggambaran filem telah terakhir.

10. Shia Labeouf

 

Shia Labeouf mencederakan dirinya dan membiarkan luka itu untuk sepanjang tempoh penggambaran filem Fury (2014) untuk memastikan ia nampak realistik. Luka yang dilihat pada pipi kanannya segaja dibuat Lebeouf. Dia juga mencabut salah satu giginya, dan tidak mandi selama 30 hari berturut-turut.

Keadaan ini menyebabkan para pelakon dan krew produksi filem itu tidak dapat menanggung bau badan Lebeouf, dan mereka mengatur ruang berasingan untuk Shia Lebouef berehat ketika penggambaran.

11. Anne Hathaway

 

Anne Hathaway menjadi obses dengan peranannya dalam filem Les Miserables (2016). Dia menurunkan berat badan hampir 10 kilogram dan tidak memakan apa-apa kecuali pes oat selama berminggu-minggu.

Dia mencukur kepalanya dan kerana wataknya, Fantine, mengalami banyak kesusahan, dan Anne Hathaway mengakui bahawa dia secara fizikal dan psikologi berasa sangat tertekan. Dia mengambil masa berminggu-minggu menghabiskan masa dengan orang tersayang untuk berasa normal semula.

Related posts

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Leave a Comment