Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”


Penggambaran filem spin-off prekuel Mad Max: Fury Road,Ā FuriosaĀ diteruskan lagi, dengan foto terbaru dari set penggambaran telah memberikan pandangan pertama kepada kita watak Furiosa lakonan Anya Taylor-Joy.

Dalam foto tersebut (yang dikongsikan Daily Mail UK), Anya Taylor telah berubah hampir seratus peratus, dengan seluruh badannya berlumuran dengan lumpur dan darah.

Selain itu juga, terdapat sarung tangan hijau, menandakan bahawa dia kehilangan sebahagian dari tangannya. Sudah tentu, hasil akhir pada tangan Furiosa hanya dapat dilihat selepas disunting dengan kesan khas.Ā 

Pelakon itu sebelum ini pernah membayangkan bahawa dia akan mencukur rambutnya, sama seperti yang dilakukan Charlize Theron dalamĀ Mad Max: Fury Road,Ā namun pekara itu dijangka hanya akan berlaku pada penghujung filem.

Anda boleh lihat transformasi Anya Taylor-Joy sebagai Furiosa dibawah:


ā€œKetika dunia tumbang, Furiosa muda dirampas dari ā€˜Green Place of Many Mothers’ dan jatuh ke tangan Biker Horde yang diketuai oleh Warlod Dementusā€Ā menurut sinopsis.

ā€œMenyapu sepanjang Wasteland, mereka bertemu dengan Citadel yang diketuai oleh The Immortan Joe. Semasa dua Tyrant berperang untuk kekuasaan, Furiosa mesti mengharungi banyak ujian sambil dia menyusun cara untuk mencari jalan pulang.ā€

FuriosaĀ diarahkan oleh George MillerĀ dan dijadualkan tayangan pada 24 Mei 2024


Related posts

Chris Hemsworth Hampir Tidak Dikenali Dalam Foto Belakang Tabir “Furiosa”

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Furiosa”

Kakimuvee

Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth & Yahya Abdul-Mateen II Bintangi Filem Spin-Off Mad Max: Fury Road, FURIOSA

Kakimuvee

15 Filem Post-Apocalyptic Yang Tidak Harus Anda Lepaskan (Bahagian: #1)

Natasha

Jodie Comer Dikaitkan Dengan Peranan Furiosa Dalam Prekuel MAD MAX: FURY ROAD

Kakimuvee

Prekuel MAD MAX: FURY ROAD Akan Dihasilkan

Kakimuvee