Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Transformasi Angelina Jolie Menjadi Maleficent Dalam Video Featurette Mistress of Evil


Walt Disney Pictures telah melancarkan video featurette terbaru filem fantasi sekuel Maleficent: Mistress of Evil yang memaparkan solekan menakjubkan sehingga mengubah penampilan Angelina Jolie menjadi Maleficent. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Maleficent: Mistress of Evil merupakan sekuel yang berlatarbelakangkan selepas beberapa tahun sejak filem pertama Maleficent pada tahun 2014. Ia terus meneroka hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk itu dan Puteri Aurora, yang bakal menjadi ratu. Dalam pergelutan mereka untuk melindungi kawasan mereka dan makhluk ajaib di sana, muncul musuh baru.

Diarahkan Joachim Rønning, filem kedua ini ditulis oleh penulis skrip Linda Woolverton dan Micah Fitzerman-Blue & Noah Harpster.

Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali membawakan watak masing-masing iaitu pari-pari Maleficent dan Princess Aurora, mereka turut dibantu beberapa pelakon lain iaitu Ed Skrein, Sam Riley, Harris Dickinson, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, dan Michelle Pfeiffer.

Maleficent: Mistress of Evil akan mula ditayangkan dipawagam tempatan pada 17 Oktober 2019



Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee