Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailter Terbaru Alita: Battle Angel Telah Dilancarkan

Studio 20th Century Fox telah melancarkan trailer terbaru filem aksi sains fiksyen mereka berjudul Alita: Battle Angel. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Diterbitkan oleh James Cameroon dan Jon Landau, filem ini diarahkan oleh Robert Rodriguez manakala lakonlayar ditulis oleh James Cameron sendiri dan dibantu Laeta Kalogridis


Ditetapkan beberapa abad di masa hadapan, Alita yang merupakan Cyborg telah dijumpai oleh Ido disebuah tapak pelupusan Iron City. Doktor siber itu membawa pulang Alita ke kliniknya dan berjaya menghidupkan kembali Alita. Bagaimanapun Alita tidak mempunyai ingatan tentang dirinya dan juga dunia baru yang akan dihadapi olehnya.

Rosa Salazar membawakan watak utama sebagai Alita dan dibantu oleh beberapa pelakon lain antaranya Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.

Alita: Battle Angel bakal menemui penonton pada 21 Disember 2018

Related posts

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

[TRAILER] Adam Sandler Terajui Filem Drama Sukan Netflix “Hustle”

Kakimuvee

Leave a Comment