Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer X-Men: Dark Phoenix Telah Dilancarkan

Setelah lama menanti, akhirnya studio 20th Century Fox telah melancarkan trailer pertama filem X-Men: Dark Phoenix. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Dalam filem ini, X-Men akan berhadapan dengan musuh yang paling berkuasa, iaitu salah seorang daripada mereka, Jean Grey. Semasa menjalankan misi menyelamat di angkasa, Jean hampir terbunuh apabila dia terdedah pada tenaga kosmik yang agak misteri. Selepas dibawa pulang, tenaga tersebut bukan sahaja membuatkan dia lebih berkuasa, tetapi ianya tidak stabil. Ketika bergelut dengan entiti yang berada didalamnya, Jean mengeluarkan kuasa yang sukar untuk dikawalnya. Apabila Jean gagal mengawal kuasanya dan mencederakan orang yang paling dicintainya, dia mula merobek ikatan kukuh yang diantara X-Men. Kini, keluarga X-Men telah berpecah, mereka perlu mencari jalan untuk bersatu – bukan sahaja untuk menyelamatkan Jean, tetapi untuk menyelamatkan Bumi dari makhluk asing yang mahu menggunakan kuasa yang ada pada Jean Grey sebagai senjata dan memerintah galaksi.

X-Men: Dark Phoenix yang menampilkan kembali beberapa pelakon asal seperti Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver).

Simon Kinberg bertindak selaku penulis dan pengarah filem ini. Dia juga bertindak selaku penerbit bersama  Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 14 Februari 2019

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment