Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Wonder Woman 1984 Akan Dilancarkan Pada Isnin Ini!

Menurut perkongsian dari laman Twitter rasmi Fandom, trailer filem DC / Warner Bros. Wonder Woman 1984 akan mula ditayangkan kepada umum pada 8 Disember (9 Disember waktu Malaysia) semasa sesi panel Brazil Comic Con, yang akan disertai pengarah Patty Jenkins dan pelakon utamanya Gal Gadot.

Anda boleh saksikan sesi panel secara langsung di laman Twitter @WonderWomanFilm pada 7.30 pagi @ 9 Disember ini.

Wonder Woman 1984 menyaksikan pengarah Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman.

Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, Kristoffer Polaha dan Chris Pine yang akan meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor.

Jenkins turut menerbitkan filem ini bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot.

Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment