Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Wonder Woman 1984 Akan Dilancarkan Di Comic Con Experience, São Paulo 8 Disember Ini

Trailer filem yang paling dinantikan, Wonder Woman 1984 telah ditetapkan pelancarannya iaitu pada 8 Disember ini bertempat di Comic Con Experience, São Paulo, Brazil.

Pekara tersebut diumumkan oleh pengarah Patty Jenkins dan pelakon Gal Gadot dilaman Twitter rasmi mereka. Selain itu juga, aktres yang memainkan watak utama Wonder Woman itu akan turut mempersembahkan sendiri pelancaran trailer perdana pada hari itu nanti.

Selain itu juga, banner Wonder Woman yang penuh berwarna-warni (anda boleh dilhat diatas) turut dilancarkan bagi mempromosikan acara ‘Comic Con’ itu nanti.

Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama Gal Gadot yang meneruskan wataknya sebagai Diana / Wonder Woman. Filem kedua ini juga bakal menampilkan Kristen Wigg sebagai Barbara Ann Minerva / Cheetah, Connie Nielsen sebagai Hippolyta dan Robin Wright sebagai Antiope. Pelakon-pelakon lain terdiri daripada Pedro Pascal, Natasha Rothwell, Ravi Patel, Gabriella Wilde, Kristoffer Polaha dan Chris Pine yang akan meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor.

Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee