Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video


Sony telah melancarkan trailer rasmi fielm adaptasi yang akan datang, Uncharted, yang menyoroti babak-babak yang diilhamkan dari permainan video asal. Filem aksi yang dinantikan ini dijadualkan tayangan pada 18 Februari 2022. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Pengarah Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Menyertai Holland dan Mark Wahlberg adalah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. 

Berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

 


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee