Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Teaser Trailer Transformers: The Last Knight Telah Diumumkan


Transformers: The Last Knight

Boleh dikatakan tahun 2017 kita bakal disajikan dengan filem-filem menarik seperti Spider-Man, sekuel Guardians of the Galaxy, Justice League dan Star Wars 8. Terbaru, kita akan menonton filem kelima siri Transformers, Transformers: The Last Knight yang dijangka akan menemui penonton pada 23 Jun 2017.

Filem arahan Michael Bay ini bakal membawa kembali semua robot-robot utama dalam siri Transformers, termasuklah Mark Wahlberg, Cade Yeager, Stanley Tucci dan Joshua Joyce dan juga pendatang baru Anthony Hopkins.

Untuk pengentahuan pembaca semua, filem ini adalah siri kelima dan terakhir Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay.

Michael Bay melalui laman Twitter-nya, mengumumkan bahawa filem arahannya ini akan mengeluarkan teaser trailer semasa tayangan filem Rogue One: A Star Wars Story bulan Disember ini.

“I want to tell you, because I’ve been reading you comments, the teaser is coming. December 16th on Star Wars. So look forward to it.”

Walaupun kebanyakan filem mengeluarkan teaser trailer sebagai langkah promosi jangka panjang, filem kelima Transformers ini telah memulakan proses promosi mereka lebih awal dengan mengeluarkan poster-poster, menayangkan gambar-gambar belakang tabir dan juga pendedahan details dan plot filem kepada para peminat filem.


Jadi kepada peminat filem Transformers, nantikan kemunculan teaser trailer ini pada 16 Disember 2016. Filem kelima dan terakhir ini bakal menampilkan sedikit kelainan kerana ia akan membawa para penonton ke zaman lampau.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berhenti Dari Hasilkan Filem “Transformers”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee