Official TrailerVideo

Trailer Tombiruo Penunggu Rimba Dan Sinopsis

Views

Astro Shaw dengan kerjasama Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan telah menghasilkan sebuah filem aksi thriller adaptasi dari novel berjudul sama karya dari novelist terkenal Ramlee Awang Murshid.

Tambiruo Penunggu Rimba ini mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Tambiruo bukanlah hantu tetapi adalah wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.

Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.

Pengarah untuk filem ini adalah Seth Larney dan dibintangi oleh beberapa pelakon-pelakon A-List tanah air seperti Zul Ariffin sebagai Tombiruo / Ejim, Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato' M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura. Farah Ahmad, Hasnul Rahmat, Micheal Chen, Artu, R Azmi Ismail dan Muhammad Al-Rayyan juga antara pelakon-pelakon dalam filem ini.

Nantikan tayangan Tambiruo Penunggu Rimba pada 12 Oktober di pawagam-pawagam tanah air.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks