
Netflix telah mengeluarkan trailer rasmi pertama filem aksi sci-fi komedi terbaru, They Cloned Tyrone, lakonan Jamie Foxx, John Boyega dan Teyonah Parris.
Filem terbaru itu akan tersedia untuk penstriman pada 21 Julai 2023. Anda boleh tonton trailer dibawah:
“Satu siri peristiwa mengerikan telah mendorong trio yang tidak mungkin menjejaki konspirasi jahat kerajaan,” menurut sinopsis filem ini.
Digambarkan sebagai ‘gabungan Friday dan Get Out,” They Cloned Tyrone menampilkan debut pengarahan penulis skrip Creed 2, Juel Taylor, yang turut menulis lakon layar bersama Tony Rettenmaier.
Filem ini turut dibintangi Kiefer Sutherland, J. Alphonse Nicholson, David Alan Grier, Tamberla Perry, Eric Robinson Jr., dan ramai lagi.