Official TrailerSiri TV

Trailer The Walking Dead Musim Ke-10 Telah Dilancarkan!

Views

Dari barisan panel The Walking Dead di kovensyen San Diego Comic-Con, trailer siri televisyen popular The Walking Dead musim ke-10 telah didedahkan kepada umum. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Barisan panel juga turut mengumumkan dua pelakon baru siri ini iaitu Thora Birch sebagai ahli Whisperer bernama Gamma dan Kevil Carol sebagai Virgil.

Musim kesembilan yang lalu menyaksikan tambahan baru dalam dunia The Walking Dead, iaitu salji. Para ‘survivor’ TWD berjaya menghadapi ribut salji yang dasyat manakala antagonis baru, The Whisperers masih memberi ancaman selepas membunuh beberapa karakter pada musim lalu.

The Walking Dead dibintangi para pelakon seperti Melissa McBride, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Austin Amelio, Tom Payne, Xander Berkeley, Khary Payton, dan Jeffrey Dean Morgan.

Musim ke-10 The Walking Dead akan memulakan siarannya pada 6 Oktober ini

BACA:  Cult Of Chucky Official Trailer

Tinggalkan Balasan

shares