Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer The Matrix Resurrections Mengembalikan Neo & Trinity Ke Sistem

Warner Bros. Pictures akhirnya telah mendedahkan trailer pertama untuk filem arahan Lana Wachowski yang paling dinantikan, The Matrix Resurrections, menggoda kepulangan semula bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss.

Trailer tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, menampilkan Neo dan Trinity yang menjalani kehidupan yang terpisah di dalam The Matrix. Mereka berdua seperti tidak mengenali antara satu sama lain, dan seolah-olah tiada pengalaman antara mereka semasa di luar sistem. Trailer ini juga turut menyoroti beberapa watak baru, yang dilakonkan oleh Jessica Henwick, dan Yahya Abdul Mateen II.

The Matrix Resurrections akan ditayangkan serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. Filem ini akan berentap dengan filem terbitan 20th Century Studios, The King’s Man.

The Matrix Resurrections diarahkan oleh Lana Wachowski dari lakonlayar yang ditulis olehnya bersama Aleksander Hemon dan David Mitchell. Ansuran keempat ini menampilkan Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, dan Jada Pinkett Smith, yang akan mengulangi peranan mereka sebagai Neo, Trinity, dan Niobe.

Lambert Wilson dan Daniel Bernhardt turut mengulangi peranan jahat mereka sebagai The Merovingian dan Agent Johnson. Menyertai mereka adalah pendatang baru francais seperti Priyanka Chopra Jonas, Jessica Henwick, Neil Patrick Harris, Toby Onwumere, Christina Ricci, dan Yahya Abdul-Mateen II, yang dikhabarkan akan membawa peranan Morpheus sewaktu muda.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment