Official Trailer

Trailer The Invisible Man Telah Dilancarkan, Saksikan Juga Gambar Terbaru!

Views

The Invisible Man 2020

Pengarah Leigh Wannell (Upgrade) telah kongsikan trailer pertama filem The Invisible Man, adaptasi dari filem klasik seram berjudul sama yang diberikan nafas baru. Anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah.

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss), yang menerima berita kematian teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Dia kemudiannya membina kehidupan baru yang lebih baik. Namun, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling, dan mula mensyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Turut membintangi filem ini adalah Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memainkan peranan sebagai Invisible Man.

Pada awalnya, The Invisible Man menjadi sebahagian daripada “Dark Universe” yang dibangunkan Universal Studios, namun ianya diubah menjadi sebuah filem ‘standalone’ dengan mengambil pencipta francais Upgrade dan Insidious, Leigh Whannell sebagai penulis dan pengarah projek ini.

The Invisible Man akan menemui penonton pada 28 Februari 2020

 

View this post on Instagram

 

Pandangan pertama filem reboot The Invisible Man. Akan ditayangkan pada 2020 Kredit: @entertainmentweekly #Kakimuvee

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

BACA:  Filem Seram Korea, "Metamorphosis" Bakal Menemui Penonton Tempatan September Ini

Tinggalkan Balasan

shares