Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer The Guilty: Jake Gyllenhaal Bintangi Filem Jenayah Thriller Netflix

Netflix telah melancarkan trailer penuh untuk filem jenayah thriller arahan Antoine Fuqua yang akan datang bertajuk The Guilty, menyatukan semula pengarah hebat itu dengan calon Oscar Jake Gyllenhaal selepas mereka bekerjasama dalam filem tahun 2015, Southpaw.

Filem tersebut akan tersedia di platform streaming Netflix mulai 1 Oktober ini.

Trailer The Guilty, yang anda boleh lihat dibawah, menampilkan Gyllenhaal sebagai Joey Baylor, telefonis 911 yang mendapat panggilan daripada seorang wanita yang diculik. Malangnya, dia gagal mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai lokasi wanita itu, yang membuatkannya putus asa ketika dia berusaha mencari jalan yang dapat menolongnya. 

The Guilty adalah remake dari filem Denmark berjudul sama yang telah diterbitkan pada 2018. Menyertai Gyllenhaal adalah Ethan Hawke (First Reformed), Peter Sarsgaard (Shattered Glass), Riley Keough (Zola), Da’Vine Joy Randolph (Dolemite Is My Name), Paul Dano (Escape at Dannemora), dan Bill Burr (The King of Staten Island).

“Filem ini berlangsung pada waktu pagi, di pusat panggilan 911. Operator panggilan Joe Baylor (Gyllenhaal) cuba menyelamatkan pemanggil yang berada dalam bahaya besar – tetapi dia segera mengetahui bahawa ia tidak seperti yang diharapkan, dan menghadapi kebenaran adalah satu-satunya jalan keluar.” – sinopsi The Guilty.

Filem ini diarahkan oleh Antoine Fuqua dari lakon layar yang ditulis oleh Nic Pizzolatto. Gyllenhaal turut menjadi penerbit bersama Riva Marker, Kat Samick, Scott Greenberg, Michel Litvak, Gary Michael Walters, David Litvak, Svetlana Metkina, dan David Haring, dengan pengarah asal, Gustav Moller berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. 

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment