Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

[TRAILER] The Cursed: Dead Man’s Prey Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 18 November Ini

Dari pengarah Train to Busan, filem thriller terbaru dari Korea, The Cursed: Dead Man’s Prey, akan menemui penonton tempatan pada 18 November ini!

Ditulis oleh Yeon Sang-ho (Train to Busan, Peninsula), The Cursed: Dead Man’s Prey adalah versi lanjutan dari drama The Cursed tahun 2020.


Sinopsis:

Mayat suspek pembunuhan ditemui di sebelah mangsa di tempat kejadian, tetapi rupanya mayat itu telah mati selama tiga bulan, menyebabkan siasatan polis menjadi kucar-kacir.

Sementara itu, seorang wartawan penyiasat, LIM Jin-hee, menerima panggilan daripada seorang pendengar semasa di rancangan radio. Pemanggil mendakwa sebagai pelaku di sebalik pembunuhan misteri itu, dan meminta Jin-hee untuk menemu bualnya secara langsung di kamera.

Dengan polis bersiap sedia dan orang ramai yang teruja hadir, lelaki itu datang untuk ditemuramah seperti yang dijanjikan. Dia memberi amaran tentang tiga lagi pembunuhan akan datang, yang akan dilakukan oleh… mayat yang dihidupkan semula. Pada hari pembunuhan amaran pertama, sekumpulan mayat hidup yang berjalan telah muncul dan menyerang polis yang tidak bersedia dengan serangan habis-habisan. Siapa di sebalik semua ini, dan atas sebab apa?

Filem thriller ini diarahkan oleh Kim Yong-wan dan dibintangi Uhm Ji-won, Jung Ji-so dan Oh Yoon-ah. Tonton trailer dan poster The Cursed: Dead Man’s Prey dibawah.

Related posts

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

Leave a Comment