Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Hanya Disebabkan Panggilan Telefon, Kehidupan Mereka Berubah, Saksikan Trailer Terbaru THE CALL


Trailer terbaru filem misteri thiller The Call menggambarkan pada bagaimana panggilan telefon dapat mengubah perjalanan masa dan kehidupan dua wanita.

Tinggal pada tahun 2019, Seo-yeon (Park Shin-hye) kembali ke rumah keluarganya setelah sekian lama. Setelah menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali bernama Young-sook, Seo-yeon menyedari bahawa Young-sook tinggal di rumah yang sama, tetapi 20 tahun yang lalu. Mereka memutuskan untuk berusaha mengubah hidup mereka yang membawa kepada akibat yang tidak dijangka.

Seo-yeon memberi amaran kepada Young-sook bahawa dia mungkin akan mati, dan ini mengakibatkan Young-sook berubah secara drastik. Sekarang pasangan ini berselisihan dan mesti berjuang demi hidup mereka, dimana setiap keputusan akan memberi kesan pada kelangsungan hidup mereka.

Jangan ketinggalan untuk menonton filem misteri thriller lakonan Park Shin-hye dan pelakon baru Jun Jong-seo! The Call akan dilancarkan pada 27 November, hanya di Netflix.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee