Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Trailer ‘The Book of Boba Fett’ Pamer Siri Terbaru Star Wars Disney+

Disney+ telah melancarkan trailer rasmi The Book of Boba Fett untuk siri live-action terbaru Star Wars. Dibintangi Temuera Morrison dan Ming-Na Wen, siri ini dijadualkan tayangan pada Rabu, 29 Disember 2021, setahun selepas projeknya diumumkan ketika musim finale The Mandalorian. 

Anda boleh tonton trailer The Book of Boba Fett berserta poster terbaru dibawah:

The Book of Boba Fett menyaksikan kepulangan semula Temuera Morrison sebagai pemburu upahan angkasa kegemaran peminat, Boba Fett, yang kali terakhir dilihat oleh peminat Star Wars semasa babak pasca-kredit pada final musim kedua The Mandalorian. Siri ini diterbitkan secara eksekutif oleh Jon Favreaun dan Dave Filoni. 

“Siri ini digambarkan sebagai penggembaraan Star Wars yang mendebarkan,” menurut logline. “Ia menyaksikan pemburu upahan legenda Boba Fett dan askar upahan Fennec Shand mengembaran ke dunia bawah tanah Galaxy ketika mereka kembali ke gurun Tatooine untuk mempertaruhkan tuntutan mereka di wilayah yang pernah diperintah oleh Jabba the Hutt dan sindiket jenayahnya.”

Spin-off The Mandalorian ini diterbitkan secara ekskutif oleh Jon Favreau, Dave Filoni, Robert Rodriguez, Kathleen Kennedy, Colin Wilson, Karen Gilchrist, dan Carrie Beck, bersama John Bartnicki, dan John Hampian sebagai penebit.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

TV Spot ‘Hawkeye’ Yang Penuh Aksi Menjelang Debut 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment