Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer THE BATMAN Ditonton Lebih 16 Juta Penonton. Saksikan Juga Trailer Versi 4K Disini.

Acara DC FanDome yang berlangsung awal pagi Ahad yang lalu menyaksikan beberapa trailer filem DC telah dipertontonkan kepada peminat. Dan, antara yang menjadi bualan peminat adalah trailer The Batman.

Dengan menampilkan lagu Something in the Way oleh kumpulan Nirvana serta beberapa babak yang menarik dan ‘dark’, The Batman mendapat jumlah tontonan tertinggi berbanding trailer Justice League dan Wonder Woman 1984. Dalam tempoh 24 jam, trailer filem arahan Matt Reeves itu telah ditonton lebih 7 juta penonton di laman YouTube, dan sehingga hari ini, trailer tersebut telah mencatatkan lebih 16 juta penonton!. 

Disebalik sambutan hangat dari penonton, Reeves telah memuatnaik trailer The Batman versi 4K yang memberikan gambaran lebih jelas. Anda boleh saksiknya di bawah. 

Dalam sesi panel yang lalu, Reeves telah mendedahkan beberapa butiran lanjut mengenai filem terbarunya itu antaranya, The Batman tidak berkaitan dengan DCEU dan ianya berada dalam dunianya sendiri. Selain itu juga, filem ini akan menceritakan tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membuka sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan.  

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

 

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment