
20th Century Studios telah melancarkan trailer terbaru filem sekuel yang dinantikan, The Avatar 2, yang dijadualkan tayangkan pada 16 Disember ini.
Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar 2 mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.
Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawa watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.
Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2022