
Saban Films telah melancarkan trailer rasmi filem reboot arahan Mike P. Nelson, Wrong Turn, yang memaparkan pandangan pertama sekumpulan mangsa yang menghadapi ketakutan ketika diburu pembunuh yang tinggal di dalam hutan.
Wrong Turn mengisahkan sekumpulan rakan yang menjalankan ekspedisi pendakian merents desa di tanah masyarakat inklusif yang disebut The Foundation, yang digambarkan sebagai orang yang telah tinggal di pergunungan sejak sebelum Perang Saudara. Kumpulan rakan tersebut segera mengetahui bahawa mereka berada di bawah peraturan undang-undang yang berbeza, dan mungkin bukan mangsa yang mereka sangka.
Filem ini diarahkan oleh Mike P. Nelson (The Domestics) berdasarkan skrip yang ditulis oleh penulisa asal, Alan B. McElroy. Barisan pelakon terdiri daripada Charlotte Vega (The Lodgers), Matthew Modine (47 Meters Down), Damian Maffei (The Strangers: Prey at Night), Bill Sage (Hap and Leonard), Emma Dumont (The Gifted), Valerie Jane Parker (Greenleaf), Chaney Morrow (Haunt) dan David Hutchinson (American Horror Story).
Wrong Turn dijadualkan tayangan pada 26 Januari 2021.