Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Wreck-It Ralph 2 Telah Dilancarkan

Walt Disney Animation Studios telah melancarkan trailer terbaru filem animasi Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah

Dalam sekuel kali ini, Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) telah meninggalkan dunia arked dan mengembara ke dunia internet. Turut menyertainya adalah Vanellope von Schweetz (disuarakan oleh Sarah Silverman). Kedua-duanya mengembara ke dunia internet dengan tujuan untuk mencari alat ganti permainan arked Vanellope, Sugar Rush dilaman sesawang. Ralph dan Vanellope bakal menempuhi dunia baru dan bertemu dengan karakter dunia Internet termasuklah bertemu Yess (disuarakan oleh Taraji P. Henson), yang merupakan pengusaha laman web dan algoritma yang cukup bergaya.


Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet juga bakal menampilkan puteri-puteri Disney dan disuarakan oleh pelakon-pelakon asal seperti Auli‘i Cravalho (Moana), Kristen Bell (Anna dalam animasi Frozen), Kelly Macdonald (Merida dalam animasi Brave), Mandy Moore (Rapunzel dalam animasi Tangled), Anika Noni Rose (Tiana dalam animasi The Princess and the Frog), Irene Bedard (Pocahontas), Linda Larkin (Jasmine dalam animasi Aladdin), Paige O’Hara (Belle dalam animasi Beauty and the Beast) dan Jodi Benson (Ariel dalam animasi The Little Mermaid).

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Leave a Comment