Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru TROLLS WORLD TOUR Memperdengarkan Lagu Nyayian Anna Kendrick


Universal Pictures dan DreamWorks Animation telah melancarkan trailer terbaru filem animasi musikal Trolls World Tour yang memaparkan perancangan jahat Queen Barb yang menukar semua Troll kepada zombi Rock. Anda boleh saksikan trailer dibawah.

Sekuel kepada Trolls (2016) ini menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan – satu lagi dunia Troll yang terasing dan dipisahkan berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy, Branch dan rakan-rakannya memulakan penggembaran epik di kawasan yang mereka tidak kenali, serta melakukan satu pekara yang cukup mustahil – menyatukan Trolls antara satu sama lain.

Kelly Clarkson akan memainkan peranan sebagai Delta Dawn, dan menyertai pelakon asal iaitu Ann Kendrick sebagai Poppy dan Justin Timberlake sebagai Branch. Turut bersama dalam filem ini adalah James Corden sebagai Biggie, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo sebagai Satin, Ron Funches sebagai Cooper, Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond serta beberapa pelakon baru yang lain seperti Jamie Dornan, Anthony Ramos, Karan Soni dan Flula Borg.

Trolls World Tour diarahkan Walt Dohrn, yang sebelum ini menjadi pengarah bersama filem pertama bersama-sama Mike Mitchell. Filem pertama Troll yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia.


Penonton yang menantikan sekuel ini akan dapat menyaksikannya pada 10 April 2020.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee