
Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Thor: Love and Thunder tiba di pawagam, Marvel Studios telah melancarkan trailer terbaru yang pasti mengujakan peminat.
Dalam trailer yang berdurasi sekitar satu mint itu, memaparkan God of Thunder cuba memberi inspirasi kepada penduduk New Asgard … sebelum Miek dengan secara kasar menyampuk hero itu.
Dalam rakaman lain, Thor dilihat berjuang bersama-sama Guardians of the Galaxy dan terdapat beberapa penampilan hebat penjahat Gorr the God Butcher lakonan Christian Bale. Anda boleh tonton trailer terbaru itu dibawah:
This summer, experience Marvel Studios' Thor: Love and Thunder ❤️⚡️ Only in theaters July 8. Get tickets now: https://t.co/qFEBBRjcqo pic.twitter.com/PG5X04LjOS
— Thor (@thorofficial) June 21, 2022
“Filem kali ini menyaksikan Thor (Chris Hemsworth) dalam penggembaraan yang tidak pernah dia hadapi – pencarian untuk kedamaian dalaman. Tetapi persaraannya diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher (Christian Bale), yang mahu melihat kepupusan para dewa,” menurut sinopsis rasmi.
“Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) dan bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman), yang – mengejutkan Thor – secara tidak dapat dijelaskan, boleh menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, dan menjadi Thor yang perkasa. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri pembalasan dendam oleh God Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.”
Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru Marvel Studios ini akan ditayangkan di pawagam pada 8 Julai 2022.