Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Terbaru The Suicide Squad Sarat Dengan Aksi-Aksi Menarik

Dengan tinggal satu bulan lagi sebelum tayangannya, Warner Bros. Pictures telah melancarkan trailer terbaru The Suicide Squad arahan James Gunn, yang menampilkan banyak rakaman aksi-aksi menarik. Filem ini dijadualkan tiba di pawagam dan di HBO Max pada hari Jumaat, 6 Ogos 2021. 

Video tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, memberikan idea yang lebih baik kepada peminat mengenai misi bertaraf tinggi pasukan baru yang melibatkan Project Starfish. Trailer itu juga menyoroti supervillain baharu, watak-watak yang membuat debut live-action mereka, termasuk Bloodsport lakonan Idris Elba, Polka-Dot Man lakonan David Dastmalchian, Ratcatcher 2 lakonan Daniela Melchior, dan Weasel lakonan Sean Gunn.

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran berfungsi sebagai penerbit. 

SINOPSIS RASMI:

Welcome to hell — a.k.a. Belle Reve, the prison with the highest mortality rate in the US of A. Where the worst Super-Villains are kept and where they will do anything to get out—even join the super-secret, super-shady Task Force X. Today’s do-or-die assignment? Assemble a collection of cons, including Bloodsport, Peacemaker, Captain Boomerang, Ratcatcher 2, Savant, King Shark, Blackguard, Javelin and everyone’s favorite psycho, Harley Quinn. Then arm them heavily and drop them (literally) on the remote, enemy-infused island of Corto Maltese. Trekking through a jungle teeming with militant adversaries and guerrilla forces at every turn, the Squad is on a search-and- destroy mission with only Colonel Rick Flag on the ground to make them behave…and Amanda Waller’s government techies in their ears, tracking their every movement. And as always, one wrong move and they’re dead (whether at the hands of their opponents, a teammate, or Waller herself). If anyone’s laying down bets, the smart money is against them—all of them.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment