Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Trailer Terbaru The Mandalorian Musim Kedua Paparkan Adegan Aksi Yang Menarik!

Kurang dua minggu lagi Disney+ akan menayangkan siri yang dinantikan, The Mandalorian musim kedua. Bagi menaikkan keterujaan penonton, laman streaming tersebut melancarkan trailer terbaru yang memaparkan Razor Crest dikejar dikawasan gaung yang bersalji, dan misi baharu diterima watak utama. 

Anda boleh saksikan trailer di pemain video dibawah. 

Pendedahan terkini musim kedua The Mandalorian menyaksikan Temuera Morrison kembali sebagai Boba Fett, Katee Sackhoff sebagai Bo-Katan dan penampilan pertama Ahsoka Tano dalam siri live action. Bintang Zombieland: Double tap, Rosario Dawson dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Ahsoka Tano. Turut menyertai barisan pelakon musim kedua adalah Timothy Olyphant.

Selain itu juga, beberapa pengarah dilaporkan turut terlibat dalam pembikinan musim kedua, antaranya Robert Rodriguez (Alita: Batlle Angel) dan pengarah Ant-Man, Peyton Reed, serta barisan pengarah dari musim lalu iaitu Rick Famuyiwa (Dope), Dave Filoni, Carl Weathers dan Jon Favreau (The Lion King).

Advertising

Selepas kisah Jango dan Boba Feet, satu lagi pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum bangkitnya First Order. Penonton akan mengikuti penggembaraan pahlawan tunggal menuju ke galaksi yang jauh dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu.

The Mandalorian akan memulakan episod pertama pada 30 Oktober ini di Disney+.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Hawkeye” Papar Aksi Kejar-Mengejar Dengan Tracksuit Mafia

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Kakimuvee

1 comment

ExCrewPawagam October 22, 2020 at 11:37 am

the bad news is …. disney + belum ada di malaysia lagi
min ! nak tanye vpn legal tak even though kita byr subscription?

Reply

Leave a Comment