Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Terbaru “The Batman” Teroka Hubungan Antara Batman & Catwoman

Warner Bros. dan DC telah melancarkan satu lagi trailer The Batman yang akan datang. Dibintangi Robert Pattinson dan Zoë Kravitz, filem superhero terbaru DC ini dijadualkan tayangan pada 4 Mac 2022.

Treler baharu yang berdurasi lebih dua minit ini menampilkan banyak rakaman baharu Caped Crusader. Ia memberi tumpuan kepada hubungan antara Batman lakonan Pattinson dan Catwoman lakonan Kravitz. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah:

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment