Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Trailer Terbaru SUPERNATURAL Menjanjikan Air Mata, Kesakitan & Penamat


The CW telah melancarkan trailer terbaru Supernatural musim ke-15 yang mengusik tujuh episod terakhir siri tersebut, dan menjanjikan air mata, kesakitan, dan penamat. Anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah. 

Penggembaraan epik adik-beradik Winchester bakal berakhir apabila Supernatural menuju ke musim terakhir. Sam (Jared Padalecki), Dean (Jensen Ackles) dan malaikat Castiel (Misha Collins) telah menakluk raksasa, iblis, syurga dan neraka. Dalam musim ke-14, Winchesters bergelut dengan Archangel Michael yang merasuki Dean. Dengan tindakan yang gagah berani, Sam dan anak Dean, Jack (Alexander Calvert) telah menghancurkan jiwanya untuk menebus ayahnya. Tetapi ini terbukti sebagai kesalahan yang membawa maut, menyebabkan kematian Mary Winchester (Samantha Smith) secara tidak sengaja. Musim ke-14 turut menampilkan kepulangan John Winchester (Jeffrey Dean Morgan) untuk episod ke-300 rancangan itu. 

Pada Musim ke-15, Sam dan Dean mendapati diri mereka berhadapan dengan ancaman yang tidak pernah mereka bayangkan, iaitu berhadapan dengan tuhan mereka sendiri. 

Siri panjang ini dicipta oleh Eric Kripke (The Boys, Timeless), dan diterbitkan Warner Bros. dengan kerjasama Wonderland Sound and Vision, dengan penerbit eksekutif Robert Singer, Andrew Dabb, Eugenie Ross-Leming, Brad Buckner, dan Bob Berens.

https://youtu.be/d5AzUa5zABI



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee